PERHATIAN !!!

KAMI TELAH BERPINDAH KE WEBSITE RASMI: www.najibhalim.com

Wednesday 17 July 2013

Najib Motivator Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri Singapore

Ramadhan Disambut Meriah Di Singapura

As - Salaamu 'alaikum.
Salam Sejahtera.
Salam Luar Biasa Hebat !

Sejak tahun lepas lagi saya akan berbuka puasa di masjid Singapura apabila waktu pulang kerja. Suasananya tidak kalah dengan negara kita. Ramai orang awam menderma di masjid - masjid hinggakan kita boleh lihat listing nama penderma - penderma yang tercatat di papan kenyataan dan tarikh mereka menderma. Mereka juga memasak bubur lambuk di masjid. Sesudah solat Isya, seperti biasa mereka beramai - ramai menunaikan solat tarawikh.

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong
Mungkin ramai sahabat - sahabat di luar sana tidak mengetahui walaupun saya mengasaskan LPKS, saya tetap bekerja dan hingga ke hari ini saya masih bekerja di Singapura. Lawatan Pencari Kerjaya Singapura itu saya lakukan hanya 1 kali dalam masa 2 bulan. Sebagai part time je namun secara profesional. Matlamat saya hanyalah untuk membantu warga Malaysia mencari kerja tanpa ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Hari ini semasa saya melangkah masuk ke Masjid An-Nur untuk berbuka puasa, saya ternampak ramai polis di luar dan di pintu pagar masjid. Rupa - rupanya ada orang kenamaan yang datang berbuka puasa sekali dengan kami. Semasa melihat - lihat siapalah gerangan sifulan yang datang tu ( mestilah tertanya - di sana ada jurukamera televisyen ), barulah terjawab..dialah Perdana Menteri Singapura yang ke-3 dan terlatest.. Lee Hsien Loong. Dia datang adalah untuk beramah mesra dengan rakyat jelata. Sememangnya pemimpin ini amat disayangi oleh rakyat Singapura dan dikagumi sesiapa sahaja yang mengenalinya. Tabik spring la pada bro... Sempat jugalah saya ambil photo beliau. Maklumlah, bukan senang nak tengok orang kenamaan secara LIVE.





 Majlis berbuka puasa di Dewan Makan Masjid An-Nur Singapura