PERHATIAN !!!

KAMI TELAH BERPINDAH KE WEBSITE RASMI: www.najibhalim.com

Tuesday 17 September 2013

Motivasi: Air Minuman Malta Dan Kegagalan

KAMI TELAH BERPINDAH KE WEBSITE RASMI. INFORMASI YANG TERKINI HANYA DIKEMASKINI DI WEBSITE BARU KAMI DI :



Photo dari googgle Air Minuman Malta
Saya selalu singgah membeli makanan di sebuah kedai runcit di JB Sentral dalam perjalanan ke Singapura untuk bekerja. Sehinggalah dalam beberapa hari yang lalu saya terlihat ada air minuman MALTA tersusun di dalam peti sejuk kedai tersebut. Kemudian saya bertanya kepada cashier untuk mendapatkan kepastian, "Owner kedai ini seorang Muslim ?". "Ya", jawabnya teragak - agak. "Jadi, mengapa jual air minuman malta ?", saya bertanya straight to the point. Dia menjawab kebingungan, "air itu halal...ada tulis..". Saya jawab dengan lembut tetapi tegas, "Tidak ada. Haram". Kemudian saya ambil satu tin air dari dalam peti sejuk dan tunjukkan kepadanya. Dia terkial - kial membelek - belek tin tersebut mencari tanda halal. "Nanti minta owner tengok dalam website Jakim..", saya pun bergegas meninggalkan kaunter yang semakin dipenuhi customer.

Photo dari googgle Air Minuman Malta
Selang beberapa hari selepas pagi itu saya datang lagi untuk membeli barang. "Owner sudah tengok website ?", tanya saya. "Tidak...tapi banyak kedai jual ini air". Saya ketawa di dalam hati mendengar jawapannya. Nampaknya Inilah cara orang gagal berfikir dalam membuat keputusan. "Nanti tengoklah website Jakim. Jakim tu jabatan agama yang memberi fatwa..atau you boleh telefon...", saya mengambil barang dan berlalu. Saya malas nak memanjangkan perbualan. Tak mau dikatakan gila kuasa mengalahkan Penguatkuasa Agama. Biarlah mereka sendiri mencari inisiatif untuk mendapatkan redha ALLAH SWT. Itu pun jika mereka mahu. Kita sebagai Muslim hanya mampu menasihati yang termampu. Tak gitu der ?

Gagal Sebab Cara Berfikir Negatif

Bila kita membiasakan diri kita berfikir seperti.."perkara ini adalah begini kerana ramai orang menganggapnya begini" atau perkataan mudahnya ialah takliq buta (ikut membuta - tuli tanpa memeriksa fakta yang sebenar), maka kita akan gagal di dunia dan gagal di akhirat.

Jika kita benar - benar mahu berjaya di dunia, carilah ilmu. Mahu berjaya di akhirat, carilah ilmu. Janganlah menurut saja kata orang tanpa bertenang sebentar dan memeriksa adakah itu fakta atau sebaliknya. Inilah cara orang yang berjaya di dunia dan akhirat - hidup dengan ilmu dan fakta. Bukan hidup dengan gossip dan anggapan semata - mata.


Salam Luar Biasa Hebat !


Najib Motivator