PERHATIAN !!!

KAMI TELAH BERPINDAH KE WEBSITE RASMI: www.najibhalim.com

Friday 6 September 2013

Cara Efektif Mantapkan Ilmu Ummah

As - Salaamu 'alaikum.
Salam Sejahtera.
Salam Luar Biasa Hebat !

Kita dapat lihat pada hari ini buku - buku bermanfaat pelbagai bidang diterbitkan oleh syarikat - syarikat penerbitan. Perkara paling menarik perhatian saya ialah pelbagai buku agama yang ditulis oleh ulama - ulama muktabar sudah mula giat diterjemah ke bahasa Malaysia sejak beberapa tahun ini.



Namun yang demikian, ada perkara yang mengecewakan saya. Harga yang mahal ! Kita sememangnya dapat lihat buku - buku tersebut dijual dengan kertas yang berkualiti, kulit yang tebal dan grafik yang menarik. Saya tidak mengatakan mereka mengambil keuntungan yang lebih, tidak ! Memang berbaloi memiliki buku yang berkualiti dan isi yang berkualiti, tetapi adakah ia membantu semua lapisan masyarakat membudayakan ilmu ?

Kita dapat lihat bangsa - bangsa yang maju di luar sana sudah lama mengatasi masalah ini. Mereka menerbitkan buku di atas kertas yang berkualiti rendah supaya dapat meminimumkan kos seterusnya dapat merendahkan harga dalam pasaran. Kertas berkualiti rendah, bukannya isi yang berkualiti rendah. Dengan itu, seluruh lapisan masyarakat mereka mampu untuk membeli dan memiliki buku. 

Mungkin akan menjadi persoalan, adakah dengan mengurangkan kualiti kertas dan harga buku mampu untuk menggalakkan tabiat membaca ? Bagi saya, ia sudah terbukti. Apa yang boleh kita harapkan ialah penerbit - penerbit buku dan kerajaan dapat membantu dalam menjayakannya.

Harapnya masyarakat juga bijak dalam menilai. Kata pepatah, don't judge the book by its cover.



Salam Luar Biasa Hebat !


Najib Motivator