KAMI TELAH BERPINDAH KE WEBSITE RASMI. INFORMASI YANG TERKINI HANYA DIKEMASKINI DI WEBSITE BARU KAMI DI :
Ramai pekerja - pekerja kita di Singapura sudah berubah kehidupan mereka. Ia tidak boleh dinafikan lagi.
Di antara mereka ada yang mengakui beberapa tahun dulu pernah bekerja di kilang di kampungnya dan hanya menikmati gaji sebanyak lebih kurang RM 650. Apa yang boleh dibeli dengan wang sebanyak RM 650 pada zaman sekarang ? Untuk membeli sesuatu mereka terpaksa mengumpul wang beberapa bulan hingga beberapa tahun. Tetapi apabila sudah bekerja di Singapura, hal tersebut tidak lagi menjadi masalah. Kadang - kadang bila nak beli sesuatu barang atau gajet, cukup hanya menggunakan gaji setengah bulan. Dulu tidak pernah naik flight, sekarang dah biasa. Dulu tak pernah booking hotel secara online, sekarang dah macam makan KFC je. Dulu tak pernah termimpi nak melancong ke luar negara, sekarang dah beberapa kali dan akan melakukannya lagi..
Lawatan Pencari Kerjaya Singapura |
Ramai rakyat Malaysia yang sedang surfing internet untuk mencari kerja di Singapura buat pertama kali. Tidak kurang juga ramai yang sedang membaca blog ini seperti anda. Mengapa ? Tentulah kerana ingin mengubah taraf hidup. Nasihat kami ialah berhati - hatilah dengan siapa sahaja yang anda hubungi. Bagi mereka yang mahu 'jalan yang selamat', mereka akan mengikuti Lawatan Kerjaya Sehari (balik-hari) ke Singapura yang kami anjurkan. Mengapa ? Tentulah kerana kami adalah satu - satunya penganjur trip yang memberi pendedahan tentang pekerjaan di Singapura dan anda bebas untuk membuat pilihan dan mencari pilihan kerja..
Peserta - peserta LPKS datang dari seluruh negeri Semenanjung Malaysia |
Pandangan malam di Marina Bay |
Kami sebagai penganjur lawatan tidak mengambil kira keuntungan semata - mata. Matlamat kami ialah tiada warga kita yang akan tertipu oleh pihak - pihak yang tidak bertanggungjawab lagi. Semoga amalan kami ini diterima NYA.
Salam Luar Biasa Hebat !
Najib Motivator